Friday, March 17, 2017

Kita di mana?

Perkara yang saya paling takutkan...

Ibu yang "terikut-ikut trend" di facebook.

Bila dia tengok semua ibu menyusukan anak, dia pun sama. Siap membeli pam susu yang mahal. Bila ibu tiada susu, pam susu disalahkan.

Bila dia tengok ibu lain berbabywearing, dia pun sama. Membeli wrap, tula dan sebagainya. Bila anak tidak mahu memakai, disalahkan wrap tidak bagus!

Bila dia tengok ibu lain homeschool anaknya, pun sama. Bila anak tidak pandai, dia salahkan pula sistem pendidikan.

Bila dia tengok anak orang lain sihat tidak divaksin, dia pun terikut-ikut juga. Bila Dr bertanya alasan anak tidak divaksin, tergagap-gagap mulut mahu menjawab.

Bila ada ibu yang berbento, dia pun sama. Bezanya makanan bento dibekalkan nugget, sosej, perasa yang tinggi.

Natural remedy pun sama. Bila anak tidak sihat, disalahkan pula pihak hospital memberikan ubat yang murah.

Buat dengan ilmu ibu.

Baca, belajar, hadam.

Bertanya pada yang pakar.

Bukan terikut-ikut trend.

Anak kita tidak sama dengan anak puan. Persekitaran kita berbeza. Pengalaman pun berbeza. Situasi kita juga berbeza.

Ada ibu sampai ke ceruk dunia menuntut ilmu.

Ada ibu yang sanggup membaca beratus-ratus jurnal, buku yang tebal supaya mereka faham apa yang mereka mahukan.

Ada ibu yang sanggup melaburkan sejumlah duit untuk mendapatkan ilmu berbanding sesetengah ibu yang takut dan berkira untuk mengeluarkan duit.

Bab keluar duit baju anak, semua OK!

Saranan saya,

Jangan kerana sikap terikut-ikut, kita "gadaikan" anak.

Jangan kerana sikap terikut-ikut juga, golongan minoriti yang menjadi mangsa tundingan jari orang yang merasakan mereka sempurna dari setiap segi.

Ini tiada kaitan langsung dengan peribahasa "biar mati anak!"

Jom audit kita di mana?

No comments:

Post a Comment