Friday, August 18, 2017

Panduan memilih pam susu yang baik

Memilih pam susu boleh memeningkan ibu yang ingin menyusukan anak terutama bagi ibu yang bekerjaya.

Lebih-lebih lagi, terlalu banyak lambakan pam susu berbanding pada zaman Kak Ida dahulu iaitu dalam tahun 2009, pilihan pam susu yang berada di pasaran agak terhad dan mahal.

Tetapi, mana yang paling baik?

Disini Kak Ida kongsikan cara memilih pam susu yang boleh dijadikan panduan terutama kepada ibu-ibu baru.

Keselesaan

Kebiasaannya, pam elektrik automatik mempunyai ciri kekuatan sedutan, auto-cycle atau cycle yang boleh dikawal dan memberi keselesaan pada ibu. Ini kerana pam yang mempunyai ciri ini mampu mengawal sedutan dan cycle menggunakan butang khas.

Ada juga pam susu yang lebih canggih mampu membuat ransangan pada ibu untuk merangsang pancutan refleks (let down/milk ejection reflex).

Keberkesanan
Pilih pam susu yang menyerupai cara hisapan bayi iaitu sekurang-kurangnya 25 hisapan dalam seminit. SPam yang berkesan adalah pam yang dapat mengeluarkan susu yang baik dan merangsang penghasilan susu.


Begitu juga kekuatan hisapan pada pam tersebut. Adakah terlalu perlahan atau terlalu kuat. Ini boleh menyumbang sama ada susu tidak keluar jika hisapan perlahan atau menyakitkan payudara ibu jika hisapan terlalu kuat.

Cari hisapan yang menyerupai hisapan bayi iaitu sekurang-kurangnya 200-240 mmHG. Dapatkan maklumat berkaitan pam ini melalui pembekal yang menjual pam.

Cara mengepam
Pilihan pam sama ada secara sebelah sahaja atau mampu untuk mengepam kedua-dua belah payudara.

Mengikut kajian, pam susu yang baik adalah berupaya untuk mengepam kedua-dua belah payudara secara serentak bagi tujuan meransang penghasilan hormon prolaktin dan seterusnya merangsang penghasilan susu dengan lebih baik.


Selain itu, ia juga dapat menjimatkan masa terutama ibu yang bekerjaya dan menyusukan anak.

Ketahanan pam
Pastikan pam yang dipilih adalah tahan lama kerana pam susu boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang. Oleh yang demikian, pastikan pilihan pam adalah bersesuaian dengan kekerapan penggunaan pam iaitu motor pam susu tersebut.


Selain itu, ibu juga perlu mengambil kira ibu mudah mendapatkan bahan gantian (spare part) jika alatan tersebut rosak.

Harga
Pam elektrik yang berkualiti selalunya lebih mahal bergantung kepada jenis dan jenama.


Namun begitu, ibu boleh mengganggap membeli pam elektrik yang berkualiti adalah satu pelaburan jangka masa panjag kerana tidak perlu membeli susu formula.

No comments:

Post a Comment