Tuesday, September 5, 2017

Peranan ayah dalam penyusuan susuibu

Siapa kata ayah tiada kaitan dalam menjayakan penyusuan susuibu.

Sumber: Google
Jom ayah, kita sama-sama menjayakan penyusuan susuibu bersama isteri tercinta.
  1. Ambil tahu dan belajar tentang penyusuan susu ibu.
  2. Menyusukan anak membuatkan ibu cepat haus. Ayah boleh menyediakan sebotol air yang mudah dicapai oleh ibu. Selain itu, ayah juga boleh menyediakan snek sihat untuk ibu semasa menyusukan anak.
  3. Kenali fungsi alat bantuan penyusuan seperti pam susu, nipple cream dan makanan tambahan yang dapat membantu isteri kekal sihat, bertenaga semasa menyusukan anak.
  4. Sediakan pam susu untuk digunakan oleh ibu.
  5. Berikan hiburan buat ibu. Temankanlah ibu dan carilah topik yang membuat ibu gembira. Stress boleh menyebabkan susu berkurangan.
  6. Libatkan diri dengan aktiviti-aktiviti kerja rumah. Ayah akan lebih nampak sado jika membantu ibu menyapu dan membasuh pinggan di sinki.
  7. Tunjukkanlah rasa terima kasih ayah pada ibu kerana menyusukan zuriat kita.
  8. Urutlah dan belailah isteri ketika dia sedang menyusukan anak. Urutan lembut di belakang dada dan bahu membuatkan ibu tenang dan susu akan lebih banyak dihasilkan.
  9. Ayah juga boleh mambantu melayan anak-anak yang lebih besar. Keadaan tenang akan membuatkan ibu lebih selesa ketika menyusukan anak.
  10. Prihatin. Tanyalah pada isteri apa yang dia perlukan. Membuatkan isteri rasa dihargai dan disayangi oleh suami.
Semoga bermanfaat. 

No comments:

Post a Comment